♥♥

love

Sunday, December 12, 2010

POEMS ABOUT LOVE AND LIFE

"..jika matamu berat memandangku, ringankan lah kakimu pergi dariku,
jika bibirmu terpaksa senyum padaku, relakanlah mukamu untuk berpaling dariku,
jika susuh untuk kau lupakan kesilapanku, senangkanlah lidahmu untuk menghinaku,
Tapi...andainya satu hari nanti telingamu mendengar berita kematianku, ikhlaskanlah  tanganmu mengusung jasadku, dan bisikan padaku yang kau telah memaafkan kesilapanku, moga kalimah terkhirmu itu menjadi pelita dikubur gelap ku, menjadi bantal lena panjangku.."

"..jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, janganlah terlalu sedih, terima lah kenyataan itu dan sekurang - kurangnye dia pernah membahagiakan kamu, tetapi apabila ada yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.."

"..andai esok nadiku mati, ingatlah detik terakhir diri ini. Andai esok nafasku terhenti maafkanlah kesalahan diri ini. Hanya satu yang perlu kau tahu, aku bahagia dengan mu.."

"..jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang, jangan cuba punyai dengan apa yang kita suka tapi sayangilah dengan apa yang kita ada.."

"..ia cuma menganmbil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.."

"..andai hati pernah disakiti, jangan ditabur perasaan benci, andai perasaanmu pernah terguris seribu rasa, janganlah aku dipinggir jauh, andai matamu pernah menangisi sebuah kedukaan, janganlah dibuang rasa sayang yang pernah bertaktha dihatimu, andai kehadiranku ini pernah menyusahkan hidupmu, ku hanya mampu mengungkap kata maaf, andai kenangan itu sering buat kau bersedih, lupakanlah mungkin aku hanya satu beban, oleh itu ku harap lupakanlah aku dan jangan diingati ku lagi walaupun aku 'tiada lagi'.."